Pages

Subscribe:

Labels

TUGASAN SEMASA GBKSM

  • Menjadi Setiausaha Bagi :
-          Mesyuarat Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah
-           Unit  HEM
-           LDP
-          Program Peningkatan Kecemerlangan UPSR
-          PIBG Sekolah
-           Program Selepas UPSR
-          Jawatankuasa e-pantau/e-perlu/e-lapor
-          Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling
-          Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya
-          Program Sekolah Selamat
-          Bilik Gerakan
-          Hari Anugerah Cemerlang Sekolah
  • Naib Pengerusi Lembaga Disiplin Dan Tatatertib Sekolah
  • Ahli  Jawatan Kuasa Bagi  :
-          Unit Perancang Dan Pembangunan Sekolah
-          Kewangan Sekolah
-          Lembaga Pengawas Sekolah
-          Pusat Akses
-          Pusat Sumber Sekolah
-          Kelab Pencegahan Jenayah
-          Mesyuarat Guru
-          Pengurusan Emis
-          Keceriaan Sekolah
  • Menguruskan Kedai Buku Sekolah
-          Peralatan Sekolah Murid dan Lencana Sekolah serta Tanda Nama
-          T.Shirt Sukan Murid / Guru
-          Vest dan tali leher Pengawas Sekolah / PSS
Dan lain-lain yang berkaitan
  • Menguruskan segala berkaitan kebajikan murid
-          KWAPM dan sumbangan lain
-          SBT
-          Kemasukan Pelajar Ke Sekolah
-          Fail-fail Peribadi Murid
-          Lawatan Ke Rumah Bersama Pentadbir
  • Menguruskan penyediaan Buku-Buku Pelaporan Sekolah
  • Menguruskan perkara berkaitan siaraya seperti banner, surat-surat makluman penjaga, surat  kebenaran aktiviti luar dan surat amaran tidak hadir ke sekolah
  • Menguruskan Galeri Sekolah
  • Menguruskan Program Trim & Fit Murid Obes bersama Klinik Kesihatan Kuala Pilah ( Pegawai Zat Makanan)
  • Menguruskan Hari Bersama Masyarakat Dan Hari Jalinan Mesra perjumpaan dua hala ibu bapa dan guru
  • Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) online
  • Menguruskan program-program Daerah / Negeri di mana sekolah terlibat sebagai Jawatan kuasa  ( Kejohanan MSSNS,Penyampaian KWAPM Daerah, RIMUP Daerah, Pertandingan permainan, Hari Guru dan Semaian Wahyu Peringkat Negeri
  • Bertanggungjawab mengubah logo lencana sekolah ( 2003 ) dan memperbaharui Buku Peraturan Sekolah ( 2010)
  • Bertanggungjawab mendokumentasikan profil sekolah dan pelan kecemasan kebakaran yang lama dan terkini
  • Menjalankan tugas-tugas semasa yang diarahkan oleh Ketua Jabatan

PENGALAMAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

      Pn Julia binti Hj Othman telah mula mengajar pada bulan Desember 1990 di SK Taman Tasik, Ampang, Selangor sebagai guru akademik dan mengajar subjek Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Pada tahun 1998, beliau telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling bersama 5 orang lagi guru di sekolah yang sama ( 3 orang di  sesi pagi dan 3 orang lagi bagi sesi petang) bagi membantu sekolah dalam menyelesaikan masalah dan menghindarkan perbuatan salah laku di kalangan murid sekolah itu. Jumlah murid di sekolah tersebut pada masa itu lebih kurang   1 800 orang.

      Pada tahun 2001, guru besar SK Taman Tasik telah mengarahkan beliau mengikuti kursus Bimbingan Dan Kaunseling 14 minggu di Institut Perguruan Islam, Bangi dan sebaik sahaja selesai kursus, beliau telah memohon bertukar ke Negeri Sembilan bersama suami atas alasan peribadi. Beliau memulakan sesi persekolahan di SK Tunku Kurshiah pada bulan Februari 2002 kerana cuti bersalin.

      Pada permulaan beliau bertugas di SK Tunku Kurshiah, perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling ini tidak begitu diterima oleh warga sekolah kerana ia merupakan benda baharu dan beliau telah menggunakan pelbagai pendekatan untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang perkhidmatan ini dan dibantu juga oleh panduan perkhidmatan yang digariskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Akhirnya, perkhidmatan dan kehadiran guru B&K ini telah diterima oleh semua warga sekolah, PIBG dan ibu bapa sehinggakan tidak menang tangan untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, pelbagai tugasan dan program di sekolah.

PENGENALAN

     Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah telah dilihat sebagai satu cabang perkhidmatan sokongan yang sangat luas dan amat penting dalam dunia pendidikan hari ini. Ia merupakan pemangkin ke arah pendidikan yang berkualiti terutamanya dalam aspek pembangunan modal insan.

     Murid sekolah pula merupakan aset penting negara pada masa hadapan. Murid ini diibaratkan rebung yang masih boleh dilentur maka perlaksanaan bimbingan dan kaunseling di sekolah diharapkan dapat menyediakan pengetahuan , kemahiran , dan persekitaran yang sesuai kepada murid bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.

     Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996 ( surat pekeliling ikhtisas bil 3/96) dan perjawatan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Julai 2001 di mana waran perjawatan untuk guru GBKSM ini dikeluarkan pada 11 Januari 2002 ( Bil KP(PP)0050/SJ'B' Jld.24/(24) bertajuk WARAN PERJAWATAN BIL:S3 TAHUN 2002 ) dan GBKSM kumpulan pertama sekolah rendah telah dilantik pada September 2002.

     Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di SK Tunku Kurshiah telah dimulakan pada tahun 2002 di mana guru daripada sekolah ini yang dihantar berkursus adalah seorang guru berkelulusan prasekolah iaitu Pn Norzila bt Ibrahim. Kebetulan pada tahun tersebut , Pn Julia bt Hj Othman yang juga telah mengikuti kursus yang sama di negeri Selangor telah berpindah ke SK Tunku Kurshiah. Bagi mengelakkan pertukaran salah seorang daripada guru ini, guru besar telah mengarahkan Pn Norzila kembali menjadi guru prasekolah dan perjawatan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa diambil sepenuhnya oleh Pn Julia.

     Pada awalnya, bilik UBK adalah di tingkat satu bangunan dua tingkat blok B yang sebelum ini merupakan bilik stor. Pada tahun 2004, guru besar, Pn Hodijah bt Johari pada masa itu telah mengarahkan berpindah ke bilik berhampiran dengan pejabat sekolah yang mana sebelum ini bilik tersebut merupakan bilik mesin cetak. Pada tahun 2010, setelah bangunan tambahan 3 tingkat dan dua blok siap dibina, bilik UBK sekali lagi berpindah ke bilik yang memang khas disediakan untuk melaksanakan perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling  di bawah guru besar, Pn Hjh Rahmah bt Hj Ismail.

   

BIODATA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 


Nama                          :           Julia  Binti  Hj  Othman
Jantina                         :           Perempuan
Bangsa                        :           Melayu
Agama                        :           Islam
Tarikh Lahir                :           16.01.1968
No. K/P                     :           680116-05-5428
No.Telefon                 :           06-4842562  / 013-2377172
Warganegara              :           Malaysia
Umur                          :           43 Tahun
Alamat                        :           No.32A, Kampung Parit Seberang ,
                                               71500 Tanjong Ipoh ,
                                               Negeri Sembilan Darul Khusus.
Email                          :           gbsktk_kp@yahoo.com.my
                                              gbk.sktk@gmail.com     
Blog                           :           gbksktk.blogspot.com
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang             :           2005
Kenaikan Ke DGA32                                 :           01.01.2005
Lantikan Sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa  :    16.01.2002
logokpm Pictures, Images and Photos