Pages

Subscribe:

Labels

PENGENALAN

     Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah telah dilihat sebagai satu cabang perkhidmatan sokongan yang sangat luas dan amat penting dalam dunia pendidikan hari ini. Ia merupakan pemangkin ke arah pendidikan yang berkualiti terutamanya dalam aspek pembangunan modal insan.

     Murid sekolah pula merupakan aset penting negara pada masa hadapan. Murid ini diibaratkan rebung yang masih boleh dilentur maka perlaksanaan bimbingan dan kaunseling di sekolah diharapkan dapat menyediakan pengetahuan , kemahiran , dan persekitaran yang sesuai kepada murid bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.

     Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996 ( surat pekeliling ikhtisas bil 3/96) dan perjawatan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Julai 2001 di mana waran perjawatan untuk guru GBKSM ini dikeluarkan pada 11 Januari 2002 ( Bil KP(PP)0050/SJ'B' Jld.24/(24) bertajuk WARAN PERJAWATAN BIL:S3 TAHUN 2002 ) dan GBKSM kumpulan pertama sekolah rendah telah dilantik pada September 2002.

     Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di SK Tunku Kurshiah telah dimulakan pada tahun 2002 di mana guru daripada sekolah ini yang dihantar berkursus adalah seorang guru berkelulusan prasekolah iaitu Pn Norzila bt Ibrahim. Kebetulan pada tahun tersebut , Pn Julia bt Hj Othman yang juga telah mengikuti kursus yang sama di negeri Selangor telah berpindah ke SK Tunku Kurshiah. Bagi mengelakkan pertukaran salah seorang daripada guru ini, guru besar telah mengarahkan Pn Norzila kembali menjadi guru prasekolah dan perjawatan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa diambil sepenuhnya oleh Pn Julia.

     Pada awalnya, bilik UBK adalah di tingkat satu bangunan dua tingkat blok B yang sebelum ini merupakan bilik stor. Pada tahun 2004, guru besar, Pn Hodijah bt Johari pada masa itu telah mengarahkan berpindah ke bilik berhampiran dengan pejabat sekolah yang mana sebelum ini bilik tersebut merupakan bilik mesin cetak. Pada tahun 2010, setelah bangunan tambahan 3 tingkat dan dua blok siap dibina, bilik UBK sekali lagi berpindah ke bilik yang memang khas disediakan untuk melaksanakan perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling  di bawah guru besar, Pn Hjh Rahmah bt Hj Ismail.

   
logokpm Pictures, Images and Photos