Pages

Subscribe:

Labels

PENGALAMAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

      Pn Julia binti Hj Othman telah mula mengajar pada bulan Desember 1990 di SK Taman Tasik, Ampang, Selangor sebagai guru akademik dan mengajar subjek Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Pada tahun 1998, beliau telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling bersama 5 orang lagi guru di sekolah yang sama ( 3 orang di  sesi pagi dan 3 orang lagi bagi sesi petang) bagi membantu sekolah dalam menyelesaikan masalah dan menghindarkan perbuatan salah laku di kalangan murid sekolah itu. Jumlah murid di sekolah tersebut pada masa itu lebih kurang   1 800 orang.

      Pada tahun 2001, guru besar SK Taman Tasik telah mengarahkan beliau mengikuti kursus Bimbingan Dan Kaunseling 14 minggu di Institut Perguruan Islam, Bangi dan sebaik sahaja selesai kursus, beliau telah memohon bertukar ke Negeri Sembilan bersama suami atas alasan peribadi. Beliau memulakan sesi persekolahan di SK Tunku Kurshiah pada bulan Februari 2002 kerana cuti bersalin.

      Pada permulaan beliau bertugas di SK Tunku Kurshiah, perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling ini tidak begitu diterima oleh warga sekolah kerana ia merupakan benda baharu dan beliau telah menggunakan pelbagai pendekatan untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang perkhidmatan ini dan dibantu juga oleh panduan perkhidmatan yang digariskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Akhirnya, perkhidmatan dan kehadiran guru B&K ini telah diterima oleh semua warga sekolah, PIBG dan ibu bapa sehinggakan tidak menang tangan untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, pelbagai tugasan dan program di sekolah.
logokpm Pictures, Images and Photos